Tuesday, October 6, 2009


KEMBARA KELAB PERKIM UDM

aku tau bnda ni pn sbb mmber aku gtau...
lau x aku x join gak,sbb tempat terhad...
utk 70 org je...
aku ajak lar zikri ngn man skali...
kembara tu mula kul 8.00pg lg...
kumpul kt pjbt asrama,baca doa skit2 pastu kami mula prjalanan la...
smpy kat mbkt,ktorg kna bg risalah kat org rmy kt s.bas tu...
pastu gerak ke rumah anak yatim kt mane aku xthu...yg aku tau jln nak ke k.berang...
smpy kat sane ktorg pn brknl-knln la ngn org disana n mkn tnghri kt sane gk...
lpas tu kami gerak ke kg pe ntah,sori,ak bkn igt sgt nma tmpt....
tmpt tu la pling best sbb ley mkn byk buah,smpy puas aku mkn...
pastu kami pn gerak nk blik la,sggah kat adun tepoh jp...
pastu blik udm,smpy udm dlm kul 6.00ptg...
siap boley main ronda2 lg dlm udm....


Friday, April 10, 2009

overnight

mnggu lepas...aku x ingt dh tarikh bla aku n mmbr2 kuar overnight...
tujuan kuar tu xde ape...sbb nk hlg kn ketensenan yang mengalami diri ku yg lemah ini...
so kitorang la kuar la...
kuar kul 11,kencing pak guard skit,kta nak main futsal....
pastu dpt kluar ngn slamat nye...
blik plak kul 7.oo pagi...
huuhuhuhuuhu....
kuar ngn keta...
x caye ke???
ni aku ltak gmbar...

percutian kat BESUT brsama mmber2 aku...

15/3/2009 ari tu kami ade g bercuti kat besut...
kat bukit keluang... sbnarnye ade assignment...
smbil2 tu brcuti la...
aku g dgn moto...pastu yang lain g ngn kete...tu bilik tmpat kami tido...


gmbar msa mandi kat swimming pool bukit keluang beach resort...





gmbar tu msa kami lepak2 kat pantai bukit keluang...
wat barbeque sotong lebih umpan aku mancing....
kami g 2 hari 1 mlm....

Wednesday, April 8, 2009

bila orang bukan Islam guna nama Allah

aku pasti semua orang tahu lagu terbaru agnes monica...dia adalah seorang yang beragama kristian...tapi baru2 ni dia menyanyi lagu bertajuk "ALLAH PEDULI"...alhamdulillah la lagu tu dah diharamkan kat Malaysia ni...kat sni aku ade letak video klip lagu tu...

kem btn








22/3/2009 ari tu aku gi kem btn...org ckp x bez...tp bg aku bez kem tu...aku ade letak skit gmbar masa kat kem tu..hrp enjoy...dalam gmbar ramai2 tu aku pakai jersi kelantan-warna merah...
masa ni aku baru siap panjat bukit keluang...

Wednesday, March 11, 2009

Selesai segera isu PPSMI


BERIBU-RIBU penyokong gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengingkari arahan polis apabila terus berdegil berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam.



PM jamin ambil kira desakan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mengelakkan isu lebih besar tercetus.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari ada desakan kuat daripada rakyat, khususnya orang Melayu supaya isu PPSMI diselesaikan segera.

"Isu PPSMI ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif. Kerajaan mengakui desakan rakyat dan mengambil perhatian terhadapnya.

"Saya berharap Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera kerana jika tidak, tekanan dan tindakan NGO (badan bukan kerajaan) akan berterusan dan menjadi lebih besar lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan novel fantasi Dragonfire Hammer karya penulis muda berusia 14 tahun, Adam Umemoto, di sini semalam.

Petang semalam, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI di ibu kota yang disertai ribuan penyokong, bertukar kecoh apabila kumpulan berkenaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan, walaupun Polis Kuala Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.

Kumpulan terbabit yang pada awalnya berkumpul di perkarangan masjid berkenaan, Pasar Seni dan Kompleks Sogo, untuk mengadakan bantahan secara aman, mengingkari arahan polis dengan berarak beramai-ramai ke arah Istana Negara.

Bagaimanapun, selepas keadaan terkawal, Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said serta beberapa ahli jawatankuasa lain, dibenar menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Negara.

Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran sudah menemui beberapa NGO berhubung isu berkenaan, tetapi beliau difahamkan kementerian belum bersedia mengumumkan keputusan yang akan diambil.

Katanya, kajian mengenai pelaksanaan PPSMI sudah dilakukan Kementerian Pelajaran, termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Saya percaya keputusan peperiksaan itu akan memberi asas kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan. Saya percaya keputusan itu akan mengukuhkan kepentingan rakyat dan masa depan kita," katanya.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kertas Kabinet PPSMI sudah siap untuk dibawa kepada Jemaah Menteri dengan menjurus melihat dasar pelaksanaan di peringkat sekolah rendah dan kawasan luar bandar.

"Pandangan mereka (pakar pendidikan dan pencinta bahasa) yang sudah diluahkan pada sesi meja bulat dan melalui memorandum, adalah pandangan yang boleh dan sudah kita ambil kira.

"Sekali lagi menjadi tanda tanya, mengapa enam tahun selepas pelaksanaannya baru hendak buat laporan polis dan mempertikaikan perkara ini dalam konteks Perlembagaan. Selepas enam tahun baru hendak buat perhimpunan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu bila kertas Kabinet itu akan dibincangkan Jemaah Menteri.

Hishammuddin berkata, apa pun keputusan Kabinet, pelaksanaannya hanya boleh dilakukan tahun depan bermula dengan murid Tahun Satu.

Beliau berkata, pihak yang terbabit membangkitkan isu PPSMI perlu berhenti seketika melihat keadaan sebenar yang berlaku di negara ini dan tanya siapa sebenarnya menimbulkan isu berkenaan.

Boikot Israel & Amerika




Boycott


Semua barkod yang mula dengan nombor 729 tu ade la barangan dari israil.

Jihad, bantuan dana dan do'a merupakan beberapa bentuk perwujudan simpati terhadap warga palestin di bumi gaza. Bentuk lainnya adalah boycott yang merupakan tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan.

Tapi sayang sangat kita hari ini masih banyak bergantung kepada barangan Israil dan Amerika. Ramai orang yang menyuarakan boikot malah menjadi isu yang hangat di media massa dan media elektronik tidak berkesan kerana kita masih bergantung kepada Negara tersebut seperti jaringan internet,kosmetik,makanan segera kerana secara langsung ataupun tidak langsung memberi dana kepada israil. Memang tidak dapat dinafikan, Israil dikurniakan akal yang cerdik dari Allah s.w.t. ramai rasul-rasul Allah juga adalah dari golongan bani israil seperti Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa. Dengan ini menjadi kan mereka bongkak. Golongan ini menolak suruhan Allah melalui pesuruh-pesuruh Nya,iaitu para rasul yang dilantik olleh allah. Allah berfirman di dalam surah ash shaff 6
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Sumpah laknat

"Wallahi - Wabillahi - Watallahi"

Inilah lafaz pembukaan bagi sumpah seorang muslim. Semoga orang yang dengan berani melafazkan perkataan ini sedar, ia bukan perkara yang boleh dipermainkan. Kita sebagai umat Islam yang memahami hal ini perlu sedar, kita jangan lagi mempertikaikan orang yang melakukan sumpah ini. Kita tidak harus menilai sama ada benar atau tidak sumpahnya, kerana sebaik sahaja ia melafazkan sumpah itu maka urusan ya atau tidak itu adalah antara yang bersumpah dengan Allah SWT. Kita juga tidak berhak untuk mengatakan orang yang tidak bersumpah itu sebagai takut kerana salah. Ini kerana melakukan sumpah ini bukan antara kita manusia, ini antara si pelaku dengan Allah SWT. Ini kerana apabila orang kedua itu bersumpah. adakah kita akan kata dia juga dipihak yang benar? Jadi siapa yang benar? Jawapannya ialah Allah SWT yang lebih mengetahui.

Aku amat berharap agar ulama' ulama' bangkit dan menyedarkan umat tentang isu sumpah ini. Takut nanti ia menjadi mainan mulut mulut manusia munafik. Aku yang agak jahil dalam hal ini pun merasakan ada yang tak kena dengan lafaz sumpah ini. Adakah ia berlandaskan syarak. Kalau ya, apa nasnya? Bagaimana pula caranya? Apakah syarat syarat seseorang itu kena bersumpah? Mana yang lebih didahulukan.. pengadilan di mahkamah.. atau sumpah dulu?

Semoga ulama' memberi response perkara ini secepat mungkin, supaya kesucian Islam tidak diperjudikan oleh manusia2 munafik di satu hari nanti.